11/18/2012

aktiviti pelajar~kelas tambahan cuti sekolah

keadaan di bilik darjah

keadaan di bilik darjah

latihan Bahasa Melayu (bahagian C)

pelajar sedang membuat latihan

latihan Bahasa Melayu (petikan)

pelajar sedang membuat latihan

11/15/2012

nyanyian lagu bangau oh bangau


lagu Bahasa Melayu KSSR tahun 1~ gajah menari


# cara menulis karangan dengan baik #

http://puanida.tripod.com/wadahxinmin/id10.html

lagu tahun 1 KSSR suasana pagi kanak Malaysia


nota peribahasa~bermula dengan "C"

Peribahasa

1. cacing hendak menjadi naga
* orang kecik atau lemah yang berlagak menjadi orang kuat atau besar

2. cacing kena air panas
* gelisah dan tidak tenang

3. cacing menelan naga
* orang yang lemah berjaya mengalahkan orang gagah atau orang biasa yang memperisterikan 
   golongan bangsawan

4. cakap berdegar-dedar, tahi tersangkut di gelegar
* cakap besar tapi tidak buat kerja

5. cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal berlada
* orang yang berlagak kaya tetapi miskin sebenarnya

6. cakap sejengkal dibawa sehasta
* suka membesarkan perkara yang kecil atau melebihkan sesuatu dari hal yang sebenar

7. campak baju nampak kurap
* menceritakan keburukan diri sendiri kepada orang lain

8. campak bunga dibalas dengan campak tahi
* sesuatu kebaikan dibalas dengan kejahatan

9. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
* perbalahan antara adik-beradik pasti akan berbaik semula

10. cebok dengan tempayan
* ibubapa mengumpul kekayaan, anak-anak menghabiskannya

11. cekur jerangau masih ada lagi di ubun-ubun
* bersikap kebudak-budakan atau belum mempunyai pengalaman atau masih mentah lagi

12. cembul mendapat tutupnya
* masa atau keadaan yang sangat sesuai

13. cencaru makan petang
* perkerjaan yang lambat tetapi mendapat hasil yang sangat baik

14. cencang puar, tergerak andilan
* orang yang dianiaya semua ahli keluarga berasa marah

15. cerdik bagai ekor kerbau
* perkara yang hanya merugikan sendiri

16. cermat masa banyak, jimat masa sikit
* selalu berhati-hati ketika berbelanja terutama menggunakan wang

17. cicak kering
* orang sakit dan sangat kurus

18. cicak makan kapur
* mendapat malu di dalam sesuatu majlis kerana kesalahan atau perbuatan diri sendiri

19. cincin dengan permata
* jodoh yang sepadan atau lelaki segak perempuan cantik atau pasangan pengantin yang sepadan

20. condong yang menongkat, rebah yang akan menegakkan
* pemimpin yang akan mambantu rakyat jika meraka dalam kesusahan

21. cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
* setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli
   keluarganya yang lain

22. cupak tegak sudah berisi
* peraturan yang tidak berubah dan harus diikuti

mari menyanyi~*rasa sayang*


11/14/2012

*latihan penjodoh bilangan *

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang terbaik

1. Adik termakan sepuluh ____________ durian sekali gus.
2. Salah se______________ jari Maniam terputus akibat dipotong mesin.
3. Emak memasukkan se______________ garam ke dalam masakannya.
4. Khairul meminta se______________ air untuk mehilangkan dahaga.
5. Tiga _______________ berlian dijumpai di dalam beg tangan Azmah.
6. Se_______________ rantai dihadiahkan kepada isteri oleh Encik Khalid.
7. Wakil penduduk itu telah mengirimkan se____________ surat kepada pihak berkuasa untuk 
    membuat aduan.
8. Ibu menggunakan se___________ petai untuk memasak sambal petai.
9. Dua puluh satu _____________ tembakan dilepaskan ke udara untuk memulakan majlis diraja itu.
10. Azlina memakan dua _____________ bawang bersama sate.
11. Tiga ______________ dakwat merah telah mengotorkan baju putihnya.
12. Peminta sedekah itu meminta se_______________ nasi daripada penjaja.

( das          ulas          titik          utas          teguk          papan          butir          hiris          ruas          cubit         suap          pucuk )

Simpulan bahasa (bermula dengan "A")

1. abu jahal
* orang yang selalu menentang ikhtiar yang baik.

2. abu nawas
* orang yang bijak mencari helah

3. ada angin
* perangai yang berubah-ubah

4. ada bakat
* ada keupayaan semula jadi dalam sesuatu bidang

5. ada hajat
* mempunyai niat

6. ada hati
* ada keinginan untuk mendapatkan sesuatu

7. ada jalan
* ada cara untuk melakukan sesuatu

8. ada gaya
* ada kemampuan untuk menandingi seseorang

9. air muka
* rupa atau wajah

10. alim kucing
* orang yang berpura-pura baik hati

11. ajak-ajak ayam
* ajakan yang tidak ikhlas

12. akal kancil
* orang yang pandai membuat helah

13. alas cakap
* kata-kata pendahuluan untuk memulakan perbincangan

14. alas perut
* makan sedikit untuk menahan lapar

15. ambil berat
* memberi perhatian terhadap sesuatu perkara atau orang

16. ambil hati
* menggembirakan seseorang

17. ambil masa
* memerlukan masa

18. ambil mudah
* menganggap mudah tentang sesuatu perkara

19. anak angkat
* anak orang lain yang dijadikan anak sendiri

20. anak buah
* orang di bawah jagaan

21. anak emas
* anak yang disayangi ibubapa

22. anak jantan
* lelaki yanng gagah berani

23. anak kapal
* pekerja kapal atau kelasi

24. anak pungut
*anak angkat

25. anak wayang
* pelakon bangsawan, filem dan sebagainya

26. anak yatim
* anak yang tidak beribu atau berbapa

27. angkat bahu
* menyatakan tidak tahu

28. angkat diri
* memuji diri sendiri

29. angkat kaki
* meninggalkan sesuatu tempat dengan cepat

30. angkat mata
* berani menentang/ melawan

31. angkat suara
* meninggikan suara

32. angkat tangan
* mengaku kalah

33. asam garam
* pengalaman atau cabaran hidup

34. atas pagar
* berkecualian / tidak berpihak kepada sesiapa

35. ayam tambatan
* orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan

~latihan kata nama am & khas~

Latihan A:
Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai

1. Adik Kamarul pandai meiup ___________________.
2. Kerata api bergerak di atas ________________ kereta api.
3. ______________ keselamatan bank itu terkorban dalam kejadian rompakan semalam.
4. ______________ pejuang pihak musuh telah berjaya ditembak jatuh.
5. Ibu meletakkan roti ke dalam ______________ makanan untuk saya.
6. Malaysia juga berjaya menghasilkan bayi _______________.

( pengawal             pesawat             bekas             tabung uji              landasan             rekoder )

Latihan B:
Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai

1. Kakak Sarim belajar di ________________________.
2. Kereta _________________ ialah kereta keluaran Proton.
3. ________________ ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Intan.
4. Rancangan televisyen kanak-kanak yang bertajuk "___________________" digemari ramai.
5. Pesakit lelaki itu dirawat oleh _________________.
6. _____________________ merupakan tempat pelancongan yang terkenal.

( Pulau Perhentian          Proton Satria          Kelab Disney Malaysia          Doktor Razak
   Kolej Taylor          Encik Sharman )

11/08/2012

aktiviti pelajar~~perayaan hari kanak-kanak

perayaan hari kanak-kanak

pelajar beratur untuk mendapat makanan

                                              
persembahan tarian singa

nyanyian

tarian

tarian tradisional

nyanyian

tarian tradisional

tarian tradisional

tarian

~~hasil kerja pelajar~~

https://docs.google.com/a/siswa.upsi.edu.my/open?id=0B-VdpBdh7mgoZnRWUWdqcTZaZzA