Peribahasa
1. cacing hendak menjadi naga
* orang kecik atau lemah yang berlagak menjadi orang kuat atau besar
2. cacing kena air panas
* gelisah dan tidak tenang
3. cacing menelan naga
* orang yang lemah berjaya mengalahkan orang gagah atau orang biasa yang memperisterikan
golongan bangsawan
4. cakap berdegar-dedar, tahi tersangkut di gelegar
* cakap besar tapi tidak buat kerja
5. cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal berlada
* orang yang berlagak kaya tetapi miskin sebenarnya
6. cakap sejengkal dibawa sehasta
* suka membesarkan perkara yang kecil atau melebihkan sesuatu dari hal yang sebenar
7. campak baju nampak kurap
* menceritakan keburukan diri sendiri kepada orang lain
8. campak bunga dibalas dengan campak tahi
* sesuatu kebaikan dibalas dengan kejahatan
9. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua
* perbalahan antara adik-beradik pasti akan berbaik semula
10. cebok dengan tempayan
* ibubapa mengumpul kekayaan, anak-anak menghabiskannya
11. cekur jerangau masih ada lagi di ubun-ubun
* bersikap kebudak-budakan atau belum mempunyai pengalaman atau masih mentah lagi
12. cembul mendapat tutupnya
* masa atau keadaan yang sangat sesuai
13. cencaru makan petang
* perkerjaan yang lambat tetapi mendapat hasil yang sangat baik
14. cencang puar, tergerak andilan
* orang yang dianiaya semua ahli keluarga berasa marah
15. cerdik bagai ekor kerbau
* perkara yang hanya merugikan sendiri
16. cermat masa banyak, jimat masa sikit
* selalu berhati-hati ketika berbelanja terutama menggunakan wang
17. cicak kering
* orang sakit dan sangat kurus
18. cicak makan kapur
* mendapat malu di dalam sesuatu majlis kerana kesalahan atau perbuatan diri sendiri
19. cincin dengan permata
* jodoh yang sepadan atau lelaki segak perempuan cantik atau pasangan pengantin yang sepadan
20. condong yang menongkat, rebah yang akan menegakkan
* pemimpin yang akan mambantu rakyat jika meraka dalam kesusahan
21. cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga
* setiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli
keluarganya yang lain
22. cupak tegak sudah berisi
* peraturan yang tidak berubah dan harus diikuti
nota yang sangat jelas!bagus!
ReplyDeleteterima kasih atas pujian anda.
Deletenota peribahasa amat bermanfaat kepada pelajar! bagus!
ReplyDeleteya, nota amat berguna kepada pelajar.
Delete